UNIT INTERGRITI (UI)

Unit - Unit
Home / Bahagian dan Unit / Unit Intergriti

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

  • Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Unit Integriti ditubuhkan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

    Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam di KPK mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

OBJEKTIF

  • Untuk membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam;
  • Untuk mengekang salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam;
  • Mengesan dan melaporkan salahlaku jenayah berkaitan rasuah/pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi yang berkaitan; dan
  • Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di kementerian.
  •  
FUNGSI BAHAGIAN
  • enubuhan Unit Integriti merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam KPK. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  •  

    • Tadbir Urus
      Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

    • Pengukuhan Integriti
      Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

    • Pengesanan dan Pengesahan
      i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
      ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

    • Pengurusan Aduan 
      Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

    • Pematuhan
      Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

    • Tatatertib
      Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
PIAGAM PELANGGAN

1.Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
2. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integeriti dalam organisasi;
3. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
4. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab;
5. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; dan
6. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

CARTA ORGANISASI
KPI & PENCAPAIAN

Ruangan ini sedang dikemaskini

OACP KPK
AKTIVITI 2025

Ruangan ini sedang dikemaskini

Crea Chatbot UI
Ai-KPK
Ask Me
Crea Avatar

Hai! Selamat datang.

Saya Wira Komoditi, pembantu maya anda untuk Portal Rasmi Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Portal ini membantu memberi maklumat penting yang diperlukan anda berkenaan agrikomoditi yang terdapat di Malaysia.

Sebelum kita mula, boleh saya tahu nama anda?

Ali Bahrin

Hai Ali Bahrin, selamat berkenalan!

Sila pilih bahasa pilihan anda:

1. Bahasa Melayu (BM) 2. English (EN)