Perpustakaan

Siaran Media Kementerian Perladangan dan Komoditi

25 Disember 2025

2500 paparan

Home / Perkhidmatan / Perpustakaan

MENGENAI KAMI

  • Perpustakaan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah diwujudkan pada tahun 2008 dan ditadbir urus oleh Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP), KPK.
OBJEKTIF
  • Perpustakaan KPK menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat dalam bidang agrikomoditi kepada kakitangan KPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik. 
WAKTU PERKHIDMATAN
  • Isnin hingga Khamis: 
    9.00 pagi – 5.00 petang
    1.00 petang – 2.00 petang (Rehat)

    Jumaat:
    9.00 pagi – 5.00 petang
    12.15 tengah hari – 2.45 petang (Rehat)


    Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Tutup

KEMUDAHAN

  • Perpustakaan KPK turut dilengkapi dengan kemudahan fasiliti yang lengkap bagi keselesaan pengguna seperti berikut:

  •  

    • Ruang Bacaan Umum

    Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan diseluruh ruang perpustakaan. Boleh menampung maksimum seramai 212 pengguna.

  •  

    • Ruang Bacaan Santai

    Kemudahan sofa yang ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Boleh menampung maksimum seramai 15 pengguna.

  •  

    • Ruang Seminar/Kursus

    Kemudahan mengadakan seminar dan kursus yang boleh menempatkan 36 orang peserta.

  •  

    • Ruang Pameran Bertema

    Ruang khusus untuk pameran bertema perpustakaan dan pameran bertema agensi di bawah KPK.

  •  

    • Wifi

    Kemudahan internet tanpa wayar.

  •  

    • Kapasiti Pengguna

    [ 1 ] Ruang Bacaan Umum (Meja bacaan) 20 orang

    [ 2 ] Ruang Bacaan Santai (Sofa) 8 orang

    [ 1 ] Ruang Seminar/Kursus 30 orang

KOLEKSI

  • Koleksi Perpustakaan KPK terdiri daripada bahan-bahan berasaskan tajuk perkara Sektor Agrikomoditi yang dikhususkan untuk pinjaman dan rujukan warga KPK, Agensi dan Majlis. Pengguna dan penyelidik khususnya daripada luar kementerian hanya dibenarkan membuat rujukan bagi koleksi yang terdapat di perpustakaan ini.

    Bahan-bahan di perpustakaan disusun di rak mengikut Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) dan di tempatkan mengikut lokasi kategori bahan.

  •  

    • Koleksi Pinjaman

    Koleksi monograf atau buku. Pinjaman dibenarkan untuk warga KPK sahaja.

  •  

    • Koleksi Rujukan
    •  

    Koleksi ensiklopedia, kamus, direktori, almanak dan koleksi rujukan terhad.

  •  

    • Koleksi Komoditi

    Koleksi terbitan Komoditi.

  •  

    • Koleksi Jurnal

    Koleksi jurnal dalam dan luar negara.

  •  

    • Koleksi Majalah

    Koleksi majalah terkini terbitan dalam dan luar negara.

  •  

    • Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid

    Koleksi jurnal, majalah yang telah dijilid mengikut tahun.

    • strong>Koleksi Laporan Tahunan

    Koleksi laporan tahunan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

  •  

    • Koleksi Peperiksaan Kerajaan

    Khusus untuk keperluan peperiksaan dalam perkhidmatan warga KPK.

    • strong>Koleksi Fiksyen

    Koleksi fiksyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

  •  

    • Koleksi Perundangan

    Koleksi warta kerajaan dan pekeliling.

  •  

    • Koleksi Media

    Koleksi audio visual dalam bentuk disk.

SUMBER DIGITAL

  • Laman ini memaparkan himpunan pautan sumber digital atau sumber elektronik percuma yang dikongsi oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Perkhidmatan u-Pustaka. Perkhidmatan perpustakaan digital negara ini dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di pautan www.u-pustaka.gov.my

  • u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.

  • Peraturan Am dan Polisi Pinjaman Bahan Perpustakaan adalah seperti berikut:
PERATURAN AM
  1. Menggunakan Kad Kakitangan ketika membuat pinjaman koleksi
  2. Meletakkan koleksi ke troli atau menyusun kembali ke rak asal setelah membacanya
  3. Tempahan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum penggunaan ruang perpustakaan
  4. Pengguna yang membuat salinan fotostat adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas AKTA HAKCIPTA 1987
  5. Memulangkan koleksi pinjaman sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan
  6. Membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan
  7. Dilarang mengalihkan perabot perpustakaan
  8. Dilarang membawa koleksi perpustakaan tanpa rekod
  9. Dilarang makan dan minum di ruang bacaan umum
  10. Dilarang menanda, menconteng, melipat, menggunting dan merosakkan koleksi perpustakaan

 

POLISI PINJAMAN
  • Pinjaman terbuka kepada semua warga KPK, Agensi dan Majlis sahaja
  • Pinjaman bahan dibenarkan lima (5) naskah sahaja (Monograf) dan tiga (3) naskah sahaja (Majalah)
  • Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara terus ke kaunter perkhidmatan Perpustakaan KPK
  • Koleksi rujukan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan.
  • Peminjam harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang telah dipinjam dari perpustakaan dengan memulangkan buku tepat pada tarikh pemulangan dan memastikan buku berada dalam keadaan seperti sedia kala tanpa kerosakan.
  • Peminjam dinasihatkan agar sentiasa menyemak tarikh pemulangan bahan perpustakaan bagi memastikan bahan dipulangkan pada tarikh yang telah ditetapkan
  •  
  • Tujuan utama OPAC (Online Public Access Catalog) Perpustakaan adalah untuk memudahkan pengguna mencari dan mengakses koleksi Perpustakaan secara dalam talian, mempercepatkan proses pencarian dan memberikan maklumat terperinci seperti lokasi dan status ketersediaan bahan melalui pautan berikut:  https://library.kpk.gov.my

LOKASI KAMI
  • PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)

    Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP)
    Aras 7,
    Persiaran Perdana, Presint 2
    62654 Putrajaya, MALAYSIA

    Telefon : 03-88803442/  03-88878346
    Emel : perpustakaan [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my

  •  

    Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila e-mel kepada:

    Cik Nurhafiza binti Jalil
    Pustakawan
    nurhafiza [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my / 03-88803442 

    Puan Norhaizah Maziah binti Jafar Sidik
    Pembantu Perpustakaan
    norhaizah [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my / 03-88878346 

  •  

Crea Chatbot UI
Ai-KPK
Ask Me
Crea Avatar

Hai! Selamat datang.

Saya Wira Komoditi, pembantu maya anda untuk Portal Rasmi Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Portal ini membantu memberi maklumat penting yang diperlukan anda berkenaan agrikomoditi yang terdapat di Malaysia.

Sebelum kita mula, boleh saya tahu nama anda?

Ali Bahrin

Hai Ali Bahrin, selamat berkenalan!

Sila pilih bahasa pilihan anda:

1. Bahasa Melayu (BM) 2. English (EN)