Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan (BKPP)
Bahagian Akaun
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM)
Bahagian Penggalakan Inovasi Dan Modal Insan Industri (PIMI)
Bahagian Perancangan Strategik Dan Antarabangsa (PSA)
Bahagian Biojisim Dan Biobahan Api (BBA)
Bahagian Kemajuan Industri Kayu-kayan, Tembakau & Kenaf (KTK)
Bahagian Pembangunan Industri Koko Dan Lada (IKL)
Bahagian Kemajuan Industri Sawit Dan Sago (BISS)
Bahagian Pembangunan Industri Getah (GET)
Unit Sekretariat Fact Dialogue (FACT)
Unit Undang-undang (UUU)
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Unit Integriti (UI)
Unit Audit Dalam (UAD)
LATAR BELAKANG BAHAGIAN
Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan sebuah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menyelaras aspek penyampaian serta penyaluran maklumat, memperkukuh imej korporat Kementerian, selain melaksanakan fungsi perhubungan awam, pengurusan media, aduan awam serta khidmat pelanggan secara bersepadu dan sistematik.
FUNGSI BAHAGIAN
OBJEKTIF
- 1. Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
- 2. Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
- 3. Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
- 4. Memberi khidmat sokongan kepada agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
FUNGSI DAN PERANAN
- 1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur.
- 2. Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian dan Agensi.
- 3. Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian.
- 4. Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Agensi di bawah Kementerian.
- 5. Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
- 6. Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.