Agrikomoditi
Agrikomoditi Sawit
Perkhidmatan utama komoditi sawit
25 Disember 2025
2500 paparan
Kelapa sawit (Elaeis guineensis)
- Kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat.
- 1848: Diperkenalkan di Asia Tenggara apabila ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia.
- 1870an: Tiba di Semenanjung Malaysia (dahulu Tanah Melayu) oleh British sebagai tumbuhan hiasan.
- 1905: Henri Fauconnier, seorang usahawan Perancis, tiba di Tanah Melayu dan kemudian membangunkan sebuah ladang kopi di Rantau Panjang, Selangor.
- 1917: Fauconnier menanam biji kelapa sawit di Tennamaram Estate di Bestari Jaya, Selangor. Ini menjadi ladang kelapa sawit komersil yang pertama di Malaysia.
Fakta Minyak Sawit
- Penggunaan keluasan kawasan bagi minyak sawit adalah 24.38 hektar berbanding kacang soya iaitu 131.58 jumlah hektar.
- Penggunaan peratusan kawasan untuk penanaman sawit hanya 8% berbanding kacang soya iaitu 43%
- Jumlah pengeluaran dunia minyak sawit (76.833 juta tan) berbanding kacang soya (60.316 juta tan) (2021)
- 31.7% Pengeluaran Minyak Sawit World Palm Oil Production (2021)
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
- MPOB telah ditubuhkan oleh Akta Parlimen (Akta 582) dan ditubuhkan pada 1 Mei 2000, mengambil alih, melalui penggabungan, fungsi Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA).
- MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.
- https://www.mpob.gov.my/
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)
- Pada tahun 2006, MPOPC dijenamakan semula sebagai Malaysia Palm Oil Council (MPOC) dengan bidang tanggungjawab yang lebih meluas bagi menyokong pembangunan industri sawit negara.
- https://mpoc.org.my/
Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC)
- MPOCC merupakan sebuah organisasi bebas bukan keuntungan ditubuhkan bagi membangun dan melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil – MSPO).
- MPOCC didaftar sebagai syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan ianya terhad dengan jaminan yang ditadbir oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah dan mula beroperasi pada Oktober 2015.
- Pada 2024 MPOCC telah dijenamakan semula kepada Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)
- https://www.mpocc.org.my/
Harga Harian
2023
Harga Harian
2024
Harga Harian
2025
Lihat Galeri
Harga Harian
2023
Harga Harian
2024
Harga Harian
2025
Lihat Galeri
Harga Harian
2023
Harga Harian
2024
Harga Harian
2025
Lihat Galeri
Harga Harian
2023
Harga Harian
2024

