Pengurusan Tertinggi agensi dan majlis
Nama Agensi
Ketua Pengarah
Fungsi
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Datuk Dr. Ahmad Parveez bin Hj. Ghulam Kadir
- MPOB adalah sebuah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab menerajui dan membangunkan industri sawit negara. Aktiviti teras MPOB adalah penyelidikan dan pembangunan merangkumi aktiviti pengeluaran huluan hingga pemprosesan produk hiliran sawit dan disokong oleh aktiviti kawal selia industri sawit.
- MPOB juga menyediakan khidmat nasihat teknikal untuk menyokong kemajuan industri sawit melalui kemudahan loji rintis, makmal, kajian saintifik, khidmat nasihat teknikal, perundingan teknikal, penerbitan saintifik, latihan teknikal, persidangan dan seminar, pemindahan teknologi dan khidmat pengembangan.
- Pautan: https://www.mpob.gov.my
Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Dato’ Dr. Zairossani bin Mohd Nor
Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 94 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.
Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.
Pautan: https://www.lgm.gov.my
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Encik Saiful Bahri bin Salleh

Lembaga Koko Malaysia (LKM)
Encik Saiful Bahri bin Salleh
Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama sehingga tahun 2004). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 (Pemerbadanan) pada 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.