Lokasi Kami
Direktori
Agensi dan Majlis
Unit dan Bahagian
Soalan Lazim
E-Penyertaan
Carian
Pautan Berkaitan
Soalan Lazim
Penerbitan Kementerian Perladangan dan Komoditi
25 Disember 2025
2500 paparan
Di manakah saya boleh membuat permohonan pinjaman mudah di bawah PPLH?
Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (FPDSB); syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan untuk menguruskan perkara berkaitan PPLH
Apakah spesies yang diluluskan di bawah PPLH?
Terdapat sembilan (9) spesies yang diluluskan di bawah PPLH iaitu Getah TLC, Akasia, Kelempayan/Laran, Batai, Jati, Binuang, Khaya, Sentang dan Buluh (Semantan, Beti, Betong & Hitam).
Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat pensijilan kepada sumber kayu?
Bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pensijilan sumber kayu, anda boleh menghubungi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) di talian 03-2161 2298 atau e-mail ke alamat info [AT] mtcc [DOT] com [DOT] my.
Mengapakah lesen MYTLAS perlu bagi urusan eksport kayu-kayan ke pasaran antarabangsa?
MYTLAS disokong oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan produk kayu dan balak yang dieksport dari Malaysia dihasilkan sejajar dengan undang-undang dan undang-undang negara yang terpakai, seperti yang dikehendaki oleh Peraturan Kayu Kesatuan Eropah (EUTR).
Apakah langkah-langkah untuk memastikan program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memanfaatkan juga penoreh getah yang tidak mempunyai kebun dan hanya mengambil upah menoreh?
Antara langkah yang diambil untuk memastikan IPG dilaksanakan dengan berkesan adalah seperti berikut:
(a)Mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada pelesen (peraih getah) dan ketua kampung untuk mengumpul dan menghantar borang tuntutan IPG pekebun kecil ke pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang berdekatan. Oleh itu, pekebun kecil boleh mengemukakan borang tuntutan kepada pelesen atau ketua kampung masing-masing;
(b)Pegawai LGM juga turut turun padang ke lokasi tumpuan seperti yang dicadangkan oleh ketua kampung bagi mengutip borang tuntutan IPG daripada pekebun kecil. Di antara lokasi tumpuan adalah balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), masjid atau surau, Pejabat Daerah dan Pejabat RISDA yang berdekatan. Oleh itu, pekebun kecil boleh menghantar borang ke lokasi tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan; dan
(c)Mewujudkan koordinasi IPG antara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan LGM di mana RISDA berperanan sebagai pemudahcara dalam membantu mengumpul borang tuntutan IPG daripada pekebun kecil sebelum diserahkan kepada pihak LGM.
Pendekatan-pendekatan ini diharap dapat memudahkan proses tuntutan IPG di kalangan pekebun kecil sekali gus memastikan pekebun kecil dapat menikmati insentif yang telah diperkenal oleh pihak Kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil semasa harga getah di paras rendah.
Bagi penoreh getah yang menjalankan aktiviti penorehan di kebun milik orang lain pula, tuntutan IPG masih boleh dinikmati melalui kebenaran daripada pemilik kebun menerusi pemilihan nisbah tuntutan IPG yang telah dipersetujui secara bersama (mutual agreement).
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menaikkan harga, sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah?
Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menaikkan harga, sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah adalah seperti berikut:
Langkah jangka pendek
(a)Mekanisme Penetapan Harga di Ladang di mana pihak koperasi akan membeli getah daripada pekebun kecil dengan harga lebih tinggi kerana pihak koperasi berurusan secara terus dengan kilang pemproses secara pukal;
(b)memperkenalkan sistem belian secara atas talian MyROL – Harga yang ditawarkan oleh pusat pembelian melalui sistem ini adalah lebih kompetitif dan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada pekebun kecil;
(c)melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) – menggalakkan pekebun kecil untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.
Langkah jangka panjang
(a)meningkatkan penggunaan getah dalam negara melalui penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya dan penghasilan produk-produk baru serta bernilai tambah berasaskan getah seperti Seismic Bearing, sarung tangan getah dan lain-lain; dan
(b)Malaysia bekerjasama dengan negara pengeluar utama getah seperti Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) bagi memperkukuh harga getah. Di bawah kerjasama ini, syer pengeluaran ketiga-tiga negara ini adalah 67% daripada pengeluaran getah asli dunia pada tahun 2018. Skim Kuota Pengeksportan yang Dipersetujui (Agreed Export Tonnage Scheme – AETS) merupakan mekanisme jangka pendek untuk mengurangkan bekalan getah antarabangsa;
Apakah strategi dan langkah untuk memperkukuhkan harga sawit?
Peningkatan adunan Biobahan Api sawit dengan Diesel Petroleum Program Biodiesel B10 (adunan 10% biodiesel sawit dan 90% diesel petroleum)
Memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara China, India, Pakistan, Dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di Benua Afrika
Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi;
Meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui Perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.
Apakah perancangan Kementerian dalam meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil yang bergantung kepada hasil sawit terutama ketika kejatuhan harga?
Bagi mengurangkan tahap kebergantungan sepenuhnya kepada hasil sawit, Kementerian amat mengalakkan para pekebun kecil melaksanakan integrasi tanaman. Kaedah ini jika diamalkan secara sistematik, disamping dapat memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit, ia juga akan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengimportan bahan makanan dari luar negara.
Langkah-langkah yang telah dan akan dimbil oleh Kementerian untuk membantu kesemua pengusaha sawit terutama pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang akan dilaksanakan secara mandatori menjelang pada 1 Januari 2020?
Bagi meringankan bebanan kewangan para pekebun kecil persendirian, perbelanjaan pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan yang merangkumi kos latihan, kos pengauditan, kos pembelian alat pelindungan peribadi dan rak bahan kimia.
Kerajaan juga telah meningkatkan kadar insentif kos pengauditan MSPO daripada 70% kepada 100% dan memberi insentif baharu kos persediaan MSPO sebanyak 50% bagi estet-estet yang berkeluasan 40.46 hingga 1,000 hektar. Manakala, insentif bagi pekebun kecil tersusun juga telah ditingkatkan daripada RM10 sehektar kepada RM55 sehektar. Bagi para pengilang, Kerajaan memberi insentif sehingga 30% dari kos pengauditan pensijilan tersebut.
Pihak kementerian juga sedang giat menjalankan Program Jelajah MSPO untuk penanam sawit seluruh negara.
Apakah kelebihan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS)?
Skim ini dirangka mengikut keperluan terkini para pekebun kecil sawit persendirian dalam melaksanakan aktiviti penanaman semula. Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai pokok sawit berumur melebihi 25 tahun dan ke atas dengan had maksimum pembiayaan seluas 6.5 hektar. Kerajaan telah merangka skim TSPKS ini agar tidak membebankan para pekebun kecil sawit dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, tempoh moratorium selama 48 bulan, tiada cagaran dan tiada penjamin.