Penyediaan Maklum Balas
Menyediakan maklum balas berkaitan dasar KPK kepada Kementerian dan Agensi lain dalam tempoh 14 hari bekerja.
Statistik Agrokomoditi
Menerbit dan menyebar statistik berkaitan agrikomoditi seperti berikut:;
- Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web KPK sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
- Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web Pangkalan Data Komoditi (PDC) sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
- Menerbit dan mengedarkan Poket Stats Agricomodity sebanyak 4 kali setahun;
- Menyebarkan maklumat mengenai harga harian berkaitan komoditi utama pada setiap hari bekerja.
Pengurusan Perolehan
- Menyediakan Surat Setuju Terima dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan/ keputusan pemilihan pembekal/ kontraktor/ perunding;
- Memproses/ menandatangani dokumen kontrak yang lengkap dan teratur dalam tempoh 4 bulan selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan; dan
- Memproses, menandatangani dokumen kontrak tambahan/lanjutan (supplementary agreement) dalam tempoh dua (2) bulan selepas surat pemakluman keputusan perubahan kontrak dikemukakan kepada syarikat.
Pembayaran Bil
- Memastikan 90 peratus pembayaran bil yang lengkap diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari; dan
- Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menerima pembayaran dalam tempoh 14 hari, aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam.
Aduan Pelanggan
Memastikan semua aduan pelanggan diberi:
- Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari;
- Maklum balas pertanyaan dalam masa lima (5) hari.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi KPK pada 99.5%; dan
- Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 99.5%.
Lesen Biobahan Apo
Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan lesen yang lengkap

