BAHAGIAN PENGGALAKAN INOVASI DAN MODAL INSAN INDUSTRI (PIMI)

Sektor Komoditi

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

    • Bahagian PIMI berperanan untuk menggalakkan persekitaran yang kondusif bagi menjana inovasi di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan modal insan sektor huluan dan hiliran agrikomoditi agar lebih berdaya saing dan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
    • Bagi mencapai hasrat meningkatkan daya saing industri dalam sektor agrikomoditi, Bahagian PIMI berperanan:

                 (i)  menyelaras pelaksanaan program berkaitan R&D&C&I dalam sektor agrikomoditi; dan

                 (ii)  menyelaras aktiviti berkaitan keperluan dan latihan modal insan di sektor agrikomoditi.
FUNGSI BAHAGIAN
    • Melaksana strategi, menilai serta memantau pelaksanaan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dalam sektor agrikomoditi. Ini selaras dengan matlamat KPK ke arah penghasilan teknologi dan produk yang inovatif dan bernilai tambah agar sektor ini terus maju dan berdaya saing; dan
    • Melaksana strategi, menyelaras serta memantau pelaksanaan program modal insan dalam sektor agrikomoditi supaya dapat membangunkan dan meningkatkan keupayaan modal insan sektor ini.
AKTIVITI 2023 & 2024

TAHUN 2023

    • 10 – 12 Jun 2023 I Perak/Pulau Pinang/Kedah/Perlis : Trek Komoditi Zon Utara
    • 19 Jun 2023 I Sarawak : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 1)
    • 5 – 6 Ogos 2023 I Negeri Sembilan dan Selangor : Trek Komoditi Zon Tengah
    • 28 Ogos 2023 I Pahang : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 2)
    • 6 November 2023 I Sabah : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 3)
    • 25 – 26 November 2023 I Sarawak : Trek Komoditi Zon Sarawak
    • 11 Disember 2023 I Johor : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 4)

TAHUN 2024

    • 6 Februari 2024 I Sarawak : Lawatan Verifikasi ke Ladang Sawit Sarawak Plantation Berhad (SPB)
    • 7 Mac 2024 I Putrajaya : Bengkel Pembangunan Modul Post-Arrival Orientation (PAO) bagi Sektor Perladangan 
    • 23 – 26 Mei 2024 I Johor : Reruai Pameran KPK sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan 
    • 15 Julai  2024 I Kuala Terengganu : Program “Know Your Right, Do It Right”
    • 22 Julai 2024 I Putrajaya : Taklimat Permohonan Khas Kuota Pengambilan Pekerja Asing di Sektor Perladangan
AKTIVITI 2025
AKTIVITI 2026
  • April 2026 – Program Agrikomoditi SEHATI (Seminar Hak Pekerja & Tanggungjawab Industri)  Siri 1/2026 (Sabah)
  • Jun 2026 – Program Train of Trainers (TOT) bagi Modul Post Arrival Orientation (PAO) kepada Pekerja Asing Sektor Perladangan
  • Ogos 2026 – Program Agrikomoditi SEHATI (Seminar Hak Pekerja & Tanggungjawab Industri) Siri 2/2026 (Johor)