Agrikomoditi Sawit

Perkhidmatan utama komoditi sawit

25 Disember 2025

2500 paparan

Home / Agrikomoditi / Sawit – V4_2

Kelapa sawit (Elaeis guineensis)

  • Kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat.
  • 1848: Diperkenalkan di Asia Tenggara apabila ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia.
  • 1870an: Tiba di Semenanjung Malaysia (dahulu Tanah Melayu) oleh British sebagai tumbuhan hiasan.
  • 1905: Henri Fauconnier, seorang usahawan Perancis, tiba di Tanah Melayu dan kemudian membangunkan sebuah ladang kopi di Rantau Panjang, Selangor.
  • 1917: Fauconnier menanam biji kelapa sawit di Tennamaram Estate di Bestari Jaya, Selangor. Ini menjadi ladang kelapa sawit komersil yang pertama di Malaysia.

Fakta Minyak Sawit

  • Penggunaan keluasan kawasan bagi minyak sawit adalah 24.38 hektar berbanding kacang soya iaitu 131.58 jumlah hektar.  
  • Penggunaan peratusan kawasan untuk penanaman sawit hanya 8% berbanding kacang soya iaitu 43%
  • Jumlah pengeluaran dunia minyak sawit (76.833 juta tan) berbanding kacang soya (60.316 juta tan) (2021)
  • 31.7% Pengeluaran Minyak Sawit World Palm Oil Production (2021)

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

  • MPOB telah ditubuhkan oleh Akta Parlimen (Akta 582) dan ditubuhkan pada 1 Mei 2000, mengambil alih, melalui penggabungan, fungsi Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA).
  • MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.
  • https://www.mpob.gov.my/

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)

  • Pada tahun 2006, MPOPC dijenamakan semula sebagai Malaysia Palm Oil Council (MPOC) dengan bidang tanggungjawab yang lebih meluas bagi menyokong pembangunan  industri sawit negara.
  • https://mpoc.org.my/ 

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC)

  • MPOCC merupakan sebuah organisasi bebas bukan keuntungan ditubuhkan bagi membangun dan melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil – MSPO).
  • MPOCC didaftar sebagai syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan ianya terhad dengan jaminan yang ditadbir oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah dan mula beroperasi pada Oktober 2015.
  • Pada 2024 MPOCC telah dijenamakan semula kepada Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)
  • https://www.mpocc.org.my/ 

Pelesenan & Permit

Pelanggan KPK boleh memohon dan memperbaharui lesen berkaitan sawit melalui:

Permohonan

Laporan

Apakah strategi dan langkah untuk memperkukuhkan harga sawit?

  • 1. peningkatan adunan biobahan api sawit dengan diesel petroleum Program Biodiesel B10 (adunan 10% biodiesel sawit dan 90% diesel petroleum)
  • 2. memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara China, India, Pakistan, dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika
  • 3. meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi;
  • 4. meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.

 

Apakah perancangan Kementerian dalam meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil yang bergantung kepada hasil sawit terutama ketika kejatuhan harga?

  • Bagi mengurangkan tahap kebergantungan sepenuhnya kepada hasil sawit, Kementerian amat mengalakkan para pekebun kecil melaksanakan integrasi tanaman. Kaedah ini jika diamalkan secara sistematik, disamping dapat memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit, ia juga akan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengimportan bahan makanan dari luar negara.

 

Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk membantu kesemua pengusaha sawit terutama pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) yang telah dilaksanakan secara mandatori sejak 1 Januari 2020?

  • Bagi meringankan bebanan kewangan para pekebun kecil persendirian, perbelanjaan pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan yang merangkumi kos latihan, kos pengauditan, kos pembelian alat pelindungan peribadi dan rak bahan kimia.
  • Kerajaan juga telah meningkatkan kadar insentif kos pengauditan MSPO daripada 70% kepada 100% dan memberi insentif baharu kos persediaan MSPO sebanyak 50% bagi estet-estet yang berkeluasan 40.46 hingga 1,000 hektar. Manakala, insentif bagi pekebun kecil tersusun juga telah ditingkatkan daripada RM10 sehektar kepada RM55 sehektar. Bagi para pengilang, Kerajaan memberi insentif sehingga 30% dari kos pengauditan pensijilan tersebut.
  • Pihak kementerian juga sedang giat menjalankan Program Jelajah MSPO untuk penanam sawit seluruh negara.

 

Apakah kelebihan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS)?

  • Skim ini dirangka mengikut keperluan terkini para pekebun kecil sawit persendirian dalam melaksanakan aktiviti penanaman semula. Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai pokok sawit berumur melebihi 25 tahun dan ke atas dengan had maksimum pembiayaan seluas 6.5 hektar. Kerajaan telah merangka skim TSPKS ini agar tidak membebankan para pekebun kecil sawit dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, tempoh moratorium selama 48 bulan, tiada cagaran dan tiada penjamin.
  • Bagaimanakah seseorang pemilik itu dikenal pasti memiliki kebun > 100 ekar dan dikenakan WPL
  • WPL dikenakan kepada pemilik ladang yang mempunyai lesen MPOB daripada kategori estet yang mana keluasan ladang lebih daripada 100 ekar atau 40.46 hektar.

 

  • Kes 1: kalau seseorang mempunyai 12 plot kebun sawit di beberapa negeri dan setiap kebun hanya bersaiz 10 ekar, adakah dia dikira dalam kategori yang layak dikenakan WPL?
  • Tidak. Kerana beliau adalah di bawah lesen Pekebun Kecil Persendirian iaitu keluasan ladang kurang daripada 100 ekar (40.46 hektar). Permohonan dan kelulusan lesen MPOB bagi kategori estet dan pekebun kecil persendirian adalah di bawah tanggungjawab Wilayah kerana peraturan dan syarat tanah juga berlainan antara negeri dan daerah. Oleh yang demikian, plot kebun sawit di berlainan negeri atau daerah tidak boleh dicampurkan dalam satu (1) lesen.
  • Kes 2: kalau seseorang mempunyai kebun saiz 120 ekar, tetapi hanya 70 ekar yang membuahkan hasil. Adakah dia tetap dikenakan WPL memandangkan saiz kebunnya melebihi 100 ekar.
  • Beliau akan dikenakan WPL kerana lesen MPOB beliau adalah dalam kategori estet dan kemungkinan 50 ekar yang belum diusahakan berpotensi untuk ditanam sawit pada masa akan datang.
  • Berdasarkan pemahaman kami, jumlah WPL yang perlu dibayar akan bergantung kepada jumlah BTS yang dihasilkan untuk satu bulan.
  • Kes 1: adakah pemilik kebun akan bawa semua resit jualan beserta Borang WPA No.3 untuk membuat bayaran di pejabat Kastam?
  • Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia memaklumkan kutipan WPL adalah di bawah tanggungjawab negeri. Pemegang lesen MPOB perlu membawa borang WPA No.3 yang telah lengkap diisi beserta dua (2) dokumen sokongan iaitu penyata bulanan MPOB (EL) ET4 dan invbois/summary yang dikeluarkan daripada pembeli.
  • Kes 2: sekiranya bayaran WPL adalah merujuk kepada jumlah jualan BTS seperti yang dicatat dalam resit jualan, wujudkah kemungkinan bahawa peniaga buah sawit (DF) berpakat dengan pemilik kebun, untuk sengaja memalsukan volum BTS dan nilai jualan yang lebih rendah supaya pemilik kebun dikenakan WPL yang lebih rendah?
  • Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia memaklumkan mereka tidak dapat mengesahkan tentang maklumat palsu dan kemungkinan terdapat pemalsuan dokumen. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuat semakan/ cross check antara kedua-dua dokumen sokongan yang disertakan iaitu penyata bulanan MPOB (EL) ET4 dan invbois/summary yang dikeluarkan daripada pembeli.