UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK)

Unit - Unit
Home / Bahagian dan Unit / Unit Komunikasi Korporat

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

  • Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan sebuah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menyelaras aspek penyampaian serta penyaluran maklumat, memperkukuh imej korporat Kementerian, selain melaksanakan fungsi perhubungan awam, pengurusan media, aduan awam serta khidmat pelanggan secara bersepadu dan sistematik.
  •  
FUNGSI DAN OBJEKTIF

OBJEKTIF

    1. Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
    1. Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
    1. Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
    1. Memberi khidmat sokongan kepada agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

FUNGSI DAN PERANAN

    1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur.
    1. Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian dan Agensi.
    1. Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian.
    1. Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Agensi di bawah Kementerian.
    1. Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
    1. Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.
CARTA ORGANISASI
AKTIVITI

BIL

aktiviti

tarikh

tahun

1

Kursus Produksi dan Pengacaraan TV Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan Agensi

1 hingga 3 Mac 2024

2024

2

Kursus Gerak Saraf dan Perang Saraf dan Pengurusan Isu CMIWS UiTM bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi

25 hingga 28 September 2023

2023

3

Kursus Perang Saraf dan Media Sosial

29 Mei hingga 31 Mei 2023

2023

4

Bengkel Pemantapan Perhubungan Awam dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

17 Oktober hingga 18 Oktober 2022

2022

HUBUNGI KAMI
  • UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK)

    Kementerian Perladangan dan Komoditi
    No. 15, Tingkat 8
    Persiaran Perdana, Presint 2
    62654 Putrajaya
    Email : ukk [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my 

Crea Chatbot UI
Ai-KPK
Ask Me
Crea Avatar

Hai! Selamat datang.

Saya Wira Komoditi, pembantu maya anda untuk Portal Rasmi Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Portal ini membantu memberi maklumat penting yang diperlukan anda berkenaan agrikomoditi yang terdapat di Malaysia.

Sebelum kita mula, boleh saya tahu nama anda?

Ali Bahrin

Hai Ali Bahrin, selamat berkenalan!

Sila pilih bahasa pilihan anda:

1. Bahasa Melayu (BM) 2. English (EN)